Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 3 : Ubah Tabiat

Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni dah hujung bulan Ogos. Dah dekat nak raya dah. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation. Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan [kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.


Tapi ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong, badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak?  Aku buat salah ke? Aku tak bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang, sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk. Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang hangat - hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.

Kenapa Anda Gagal?

1) Target terlalu tinggi
Nak turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.

2) Tak tahan dugaan
Dugaan memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran, makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.

3) Tak sabar
Dunia moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan dah mula nampak sedikit.

4) Tiada sokongan
Selalunya mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.

Bagaimana ingin membina tabiat sihat

Momentum akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih lama. 

1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong? Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru ni selama 1-2 minggu.

2) Tingkatkan sikit demi sikit
Bila dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit. Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.

3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat. Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda segera melaksanakannya.

4) Akauntibiliti
JANGAN BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.

Mulakan perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling, dll.

Jika anda mahukan penurunan lebih cepat, boleh cuba program pemakanan sihat Herbalife. Di samping menerapkan tabiat/rutin sihat seperti mengambil sarapan sihat, minum air secukupnya, makan ikut waktu, dll; Herbalife juga membekalkan tubuh dengan nutrisi lengkap yg dapat membantu tubuh bekerja dgn lebih optimum dan jadi lebih sihat. 

 Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle


NAIK BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Berhenti Makan Nasi, Diet Yg Betul?

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?


Pertama sekali yang perlu kita ketahui ialah nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. Juga selalunya mereka yang berhenti mengambil nasi menggantikannya dengan sumber karbohidrat yg lain seperti mee, mihun, roti dan sebagainya. Jadi sebenarnya diet tak makan nasi ni hanya di minda mereka sahaja, walhal mereka masih tetap mengambil karbohidrat.

Kurangkan sukatan nasi lebih sihat. Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang.

Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 2 : Tea Mix

Kalau orang tanya nak mula ambil Herbalife, mulakan dengan Formula 1 dulu sebab ia adalah asas untuk semua program pemakanan sihat Herbalife. Produk kedua terpenting pula? Tea Mix. Kalau Formula 1 tu striker, Tea Mix ialah attacking midfielder. Tea Mix ialah minuman herba yang menyegarkan dan ia menggabungkan khasiat turun temurun teh herba dan juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden. Ia boleh dibancuh secara panas atau sejuk dan serbuk mudah larutnya memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana.


Adakah anda gemar minum kopi/minuman 3 dalam 1? 
Terlalu banyak minum kopi/minuman 3 dalam 1 akan menyebabkan badan kurang mendapat khasiat dan juga mendapat unsur tidak sihat seperti gula dan susu pekat. Khasiat herba dalam Tea Mix dapat memberikan kesegaran segera dan ia adalah alternatif sihat untuk kopi/minuman 3 dalam 1.

Adakah anda gemar minum air berperisa/air gas/air tenaga?
Air berperisa seperti air sirap, teh O, air jagung mempunyai gula yang badan kita tak perlukan. Air bikarbonat pula tinggi gula, purata satu tin minuman gas mengandungi 6 sudu gula. Minuman air tenaga pula juga tinggi kandungan gulanya. Sebenarnya air kosong ialah minuman terbaik untuk kesihatan, namun ia selalu menjadi pilihan terakhir. Tea Mix memberikan sedikit perisa kepada air kosong dan hanya 5-6 kalori sahaja per gelas. Tea Mix juga menambah khasiat dalam minuman yang kita minum. Jadi Tea Mix bukan sahaja alternatif yang sihat untuk mengganti minuman kurang sihat yang biasa kita minum, malah ia juga membantu mengawal pengambilan gula. Tea Mix juga memberikan khasiat tambahan untuk kesihatan tubuh kita disamping membantu meningkatkan pengambilan air.

Khasiat Tea Mix

Ingat ABCDEF, ingat khasiat Tea Mix :-

A - Antioksida. Bahan Green Tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.
B - Bakar lemak. Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
C - Cuci perut, cuci darah. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dari Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin dari Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO). 
D - Detoks, diuretic. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.
E - Energy/Tenaga. Tea Mix mengandungi kafein yg memberikan tenaga, tetapi ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.
F - Feel good. Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerunsingan.

Harga sebotol Tea Mix 100g ialah RM229 dan ia cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga RM3.80, ia sama harga dengan minuman 3 dalam satu & air tenaga dan mahal sedikit dari setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu mana satu yang lebih tinggi khasiatnya.

# Kenyataan tentang Tea Mix tidak dinilai oleh mana-mana Jabatan atau Kementerian Kesihatan. Produk tersebut tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.



Sumber diambil dan diolah daripada Herbalife@Ziedazzle


TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

wordless wednesday : dreams


Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 1

Kenapa berat badan susah nak turun? Anda mungkin tiap-tiap hari bersenam atau diet dengan kurangkan pemakanan. Tapi berat asyik kekal pada berat yang sama dan saiz pinggang atau badan tak berubah langsung. Yang buat bertambah tension, rasa macam badan tu makin kembang dan jadi lembik. Pada masa sama, makin banyak bersenam, selera makan makin bertambah dan nafsu untuk makan makanan bergoreng dan manis pun makin membuak-buak. Walaupun kerap bersenam, tapi badan masih berasa letih dan lesu.


Kenapa jadi begitu ? 
Dalam usus kita, ada organ kecil yang berbentuk seperti jari yang dipanggil 'villi'. Fungsi villi ialah untuk menyerap nutrien dari makanan yang kita makan, dicerna dan dihadamkan oleh perut. Jika kita makan makanan yang kurang sihat, villi akan menjadi rosak. Semakin banyak villi yang rosak, semakin susah dan sikit nutrien diserap oleh usus kita.

Unsur-unsur berikuti boleh merosakkan villi:
  • garam berlebihan 
  • penambah perisa
  • pengawet makanan
  • lemak tak sihat
  • gangguan stres
  • ubatan
  • dadah
  • alkohol
Apa berlaku jika badan tidak mendapat nutrien yang cukup ?
Selera dan nafsu makan akan bertambah. Badan kita akan lebih memilih makanan berlemak dan bergula kerana itulah sumber yang lebih mudah diserap oleh villi. Badan akan mudah berasa letih dan lesu kerana badan tidak mendapat khasiat cukup dan tidak seimbang. Disebabkan badan kita menyerap lebih banyak lemak dan gula, badan akan lebih banyak menyimpan daripada membakar lemak.

Rahsia penurunan berat yang berkesan ialah villi yang sihat !
Anda mungkin makan secara sihat; kawal gula, garam dan makanan bergoreng; makan buah dan sayuran segar; ambil pil multivitamin; bersenam banyak kali dalam seminggu. Tapi jika usus kita tak menyerap nutrisi dari makanan sihat & supplemen yang kita ambil, semuanya akan dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Karbohidrat ringkas (gula) adalah sumber makanan yang paling senang diserap oleh badan. Jika villi kita tidak sihat, sumber karbo ringkas itu yang akan lebih banyak diserap berbanding sumber nutrisi yang lain. Oleh itu jika kita nak turunkan berat badan dengan cepat, pastikan villi kita bersih dan sihat untuk memastikan usus kita dapat menyerap nutrien secara optimum.

Apa Yang Patut Anda Buat ?
Untuk membersih dan menyihatkan villi, kita disyorkan untuk lebih mengambil makanan berserat dan kaya asid lemak omega 3. Buahan, sayuran dan bijirin kaya dengan sumber serat. Manakala ikan, minyak soya, minyak canola, walnut, bijian flaks pula kaya dengan asid lemak omega-3. Salah satu cara yang lebih mudah untuk membantu menyihatkan villi ialah dengan mengambil supplemen seperti Herbal Aloe Concentrate. Ia mengandungi ekstrak aloe yang kaya dengan enzim, vitamin, zat mineral dan asid amino yang membantu memperbaiki dan menyihatkan villi.

# Kenyataan tentang Herbal Aloe Concentrate tidak dinilai oleh mana-mana Jabatan atau Kementerian Kesihatan. Produk tersebut tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit. 




Sumber diambil terus daripada Herbalife@Ziedazzle
  
TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.


Wordless Wednesday : Ramadhan is Coming.


Cabaran pesakit diabetes berpuasa

Cuma tinggal enam hari lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa Ramadan. Pada hari biasa, kita bebas menjamah apa saja makanan tidak mengira waktu mahupun kuantiti. Namun, sepanjang Ramadan, hidangan cuma dinikmati pada waktu tertentu dan tidak lagi boleh bebas makan di waktu siang.


Biasanya kita cuma makan sebanyak dua kali iaitu ketika waktu sahur dan berbuka. Bergantung kepada lokasi geografi dan musim, umat Islam di seluruh dunia tidak menjamah sebarang makanan dan minuman selama 10 hingga 19 jam sehari. Di negara kita, dalam sehari, anggaran tempoh kita berpuasa ialah 14 jam.

Bagi individu yang sihat, menjalani ibadah puasa sememangnya tidak menjadi halangan walaupun ada segelintir yang membuat helah tidak boleh berpuasa, kononnya ‘gastrik’.

Namun, cabaran berpuasa di kalangan pesakit diabetes ialah mengawal paras gula supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini kerana mereka bergantung kepada ubat dan suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit itu. Dengan nasihat doktor dan mengubah suai dos yang perlu diambil, pesakit masih mampu menjalani ibadat puasa.

Pakar Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan diabetes meningkat 31 peratus (%) dalam tempoh lima tahun, daripada 11.6% pada 2006 kepada 15.2 % (2011).

Kebanyakan kes disumbangkan oleh peningkatan penyakit itu yang tidak didiagnosis selain terdapat trend yang meningkat seiring dengan peningkatan usia. Pertambahan kes lebih tinggi di kawasan luar bandar dengan kadar 15.5%, berbanding bandar pada 15.1% (dengan perbezaan tidak ketara secara statistik). 

Laporan Status Global 2010 cukup membimbangkan apabila Malaysia menduduki tempat teratas bilangan penduduk dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding Thailand (tempat kedua), Singapura (ketiga), Filipina (keempat), Jepun (kelima) dan Indonesia (keenam). 

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia juga mempunyai penduduk dewasa paling ramai yang mempunyai kadar tinggi gula dalam darah (11.7 %) berbanding Vietnam (7.9%), Singapura (7.7%), Thailand (7.6%), Indonesia (7.8%).

Pada 2008, berdasarkan keputusan kajian NHMS 1986, 1996 dan 2006, dianggarkan pada 2020, perkembangan diabetes akan meningkat menjadi 15.3% atau seramai 3.2 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kadar gula dalam darah yang tinggi.

Keputusan NHMS 2011 menunjukkan, Malaysia mencapai kadar perkembangan yang sama sembilan tahun lebih awal daripada yang diunjurkan. Perkembangan kes diabetes pada 2011 ialah 15.2% atau dihidapi oleh 2.6 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Unjuran yang disemak semula menunjukkan pada 2020, diabetes akan meningkat kepada 21.6%, dengan anggaran dihidapi 4.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Menurut Dr Feisul Idzwan, promosi kesihatan dan pendidikan akan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai langkah menjaga kesihatan. 
Bagaimanapun, perubahan dalam tingkah laku lebih banyak dipengaruhi persekitaran hidup.

Perunding Kanan Endokrinologi, SP Chan, berkata berpuasa meningkatkan risiko hipoglisemia teruk disebabkan kombinasi pengambilan glukos rendah dengan pengambilan makanan yang kurang pada bulan Ramadan, ditambah dengan ubat diabetes yang merendahkan paras glukos darah pesakit.

Menurutnya, ia boleh menjadi satu gabungan yang bahaya kerana pesakit mungkin mengalami tahap glukos yang amat rendah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian. 

Namun begitu, ramai pesakit diabetes jenis dua tidak mempunyai kesedaran dan tidak boleh melihat diri mereka sakit atau mungkin masih mahu berpuasa. 
Pemahaman seorang pesakit terhadap pengurusan paras glukos penting dalam memastikan mereka sihat ketika berpuasa bulan Ramadan. 

“Diabetes ialah penyakit yang berpunca daripada paras gula yang tinggi dalam darah. Penyakit itu juga boleh disebabkan ketidakupayaan badan untuk merembes atau menggunakan insulin. Disiplin yang tinggi dalam pengambilan ubatan diperlukan bagi mengurangkan paras gula dalam darah.

“Komplikasi diabetes boleh dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat doktor, misalnya mengambil sayuran, bijirin penuh dan buahan.

“Pesakit diabetes akan mengalami hipoglisemia apabila paras gula dalam darah menurun di bawah paras normal. Pesakit diabetes mungkin berpeluh, pening, gelisah, lemah badan, sakit kepala, kabur penglihatan, sentiasa lapar, pengsan atau tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, hipoglisemia boleh dielak dengan melakukan pemantauan berkala paras glukosa darah untuk menentukan sama ada paras gula terkawal. Simptom hipoglisemia yang lebih lanjut perlu diketahui supaya individu terbabit boleh mendapatkan rawatan segera.

“Jika berlarutan, hipoglisemia mungkin mengakibatkan masalah jantung dan otak yang boleh mengakibatkan kehilangan fungsi kognitif otak dan keadaan sawan sehingga koma. 

“Pengambilan gula ringkas seperti glukosa atau gula-gula ialah cara yang efektif untuk meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat. Ketika hipoglisemia, pengambilan makanan dengan kandungan gula kompleks dan karbohidrat yang tinggi seperti coklat dan kek tidak digalakkan. Ini adalah kerana makanan sedemikian tidak dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat,” katanya.

Bergantung kepada jenis ubatan yang diambil pesakit diabetes, ubat metformin yang biasa diambil pesakit diabetes jenis dua mempunyai kesan minimum risiko hipoglisemia. Ubat sulfonylurea (juga diambil pesakit diabetes jenis dua) pula boleh menyebabkan risiko tinggi hipoglisemia. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan dos ubat ini dan menterbalikkan masa pengambilan dos iaitu dos pagi diambil pada waktu malam manakala dos malam diambil pada waktu pagi (sahur). Ada pesakit diabetes yang terpaksa berbuka puasa apabila mengalami hipoglisemia. 

Bagaimanapun, ubat terbaru, Incretins dapat membantu mengawal selia paras gula menerusi kesannya pada pankreas. Ia sesuai diambil oleh pesakit diabetes jenis dua.

Menurutnya, tanggapan bahawa pengambilan karbohidrat menyebabkan diabetes adalah salah kerana ia bukan disebabkan apa yang seseorang itu makan tetapi berpunca daripada genetik dan pertambahan berat badan.

Oleh itu, seseorang itu dinasihatkan mengamalkan diet yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula. Ketika berbuka puasa, mereka digalakkan mengambil kurma, makanan atau minuman manis bagi mengelakkan kekurangan gula dalam darah. Pesakit dinasihatkan mengambil makanan berserat tinggi, makan selepas solat tarawih dan pastikan bersahur. Ini kerana, sepanjang bulan Ramadan, mereka kurang makan menyebabkan tahap gula dalam darah rendah. 

Apakah diabetes?

Setiap orang mempunyai glukos (gula) dalam darah mereka. Glukos datang daripada makanan yang anda makan serta bahan yang dihasilkan oleh tubuh. Hormon yang dihasilkan di dalam pankreas, dipanggil insulin, menggerakkan gula dari aliran darah ke sel dan ia digunakan untuk tenaga. Diabetes ialah apabila badan tidak dapat mengawal paras glukos dalam darah secara automatik, menyebabkan terlalu banyak glukos dalam darah. Diabetes boleh mengancam nyawa jika gula darah (glukos) meningkat atau jatuh.

Bagaimana cara mengawal penyakit diabetes?

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti dan senaman harian yang sesuai bagi pesakit diabetes: 

Contohnya:
  • Berjalan dengan pantas.
  • Pilih untuk berjalan kaki daripada menaiki kenderaan.
  • Pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  • Letakkan kenderaan di tempat yang agak jauh agar anda dapat berjalan ke tempat yang hendak dituju.

Diabetes jenis satu

Diabetes jenis ini biasanya didiagnosis di kalangan kanak-kanak dan orang muda, dan sebelum ini dikenali sebagai diabetis juvenil. Dalam diabetes jenis 1, badan tidak menghasilkan insulin.

Insulin ialah hormon yang mengawal pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Hanya lima peratus mereka yang menghidap diabetes mengalami diabetes jenis ini.
Dengan bantuan terapi insulin dan rawatan lain, pesakit muda yang menghidap diabetes jenis satu boleh belajar menguruskan keadaan mereka, hidup lama, sihat dan gembira.

Diabetes jenis dua

Diabetes jenis dua berpunca daripada sel di dalam otot, hati dan lemak yang tidak menggunakan insulin. Akhirnya, pankreas tidak boleh membuat insulin mencukupi yang diperlukan badan. Akibatnya, glukosa dalam darah meningkat pada kala sel lain tidak mendapat tenaga.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar gula dalam darah yang tinggi merosakkan saraf dan saluran darah, yang membawa kepada komplikasi seperti penyakit jantung, strok, buta, penyakit buah pinggang, masalah saraf, jangkitan gusi, dan pemotongan anggota badan yang terjejas akibat penyakit itu.

Apakah hiperglisemia?

Terdapat beberapa masalah yang mempunyai kaitan dengan diabetes. Antaranya, hiperglisemia yang menjadi punca utama banyak komplikasi yang berlaku terhadap pesakit diabetes. Hiperglisemia ialah istilah teknikal untuk glukos yang tinggi (gula). Gula dalam darah meningkat apabila badan mempunyai terlalu sedikit atau tidak mencukupi insulin atau apabila badan gagal menggunakan insulin secukupnya.

Apakah hipoglisemia?

Hipoglisemia, juga dikenali sebagai glukos darah yang rendah atau gula darah yang rendah, berlaku apabila gula dalam darah jatuh di bawah paras biasa.

Insulin, hormon yang dihasilkan oleh pankreas, membantu sel-sel menggunakan glukos untuk tenaga. Jika seseorang mengambil glukos lebih daripada yang diperlukan badan dalam masa yang sama, badan menyimpan glukos tambahan di dalam hati dan otot dalam bentuk yang dipanggil glikogen. Badan boleh menggunakan glikogen untuk tenaga antara waktu makan. Glukos tambahan juga boleh ditukar kepada sel lemak dan disimpan dalam lemak. Lemak juga boleh digunakan untuk tenaga.

Amalan pemakanan yang sihat

Komplikasi diabetes boleh dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat doktor, misalnya:
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin penuh
  • Buah-buahan

Sumber diambil terus di sini.


BERPUASA SECARA SIHAT TAHUN INI? TANYA KAMI BAGAIMANA!
+60132119486 begin_of_the_skype_highlighting            +60132119486      end_of_the_skype_highlighting / +60129486470 begin_of_the_skype_highlighting            +60129486470      end_of_the_skype_highlighting

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes