Tingkatkan Kuasa Enjin Tubuh Anda

Enjin kereta ialah punca kuasa sesebuah kereta. Lagi kuat kuasa enjin, lagi laju kereta boleh pergi. Tubuh kita pun ada enjinnya iaitu metabolisma badan. Salah satu punca utama yang menyebabkan berat susah nak turun ialah metabolisma yang rendah. Tapi tahukah anda apa itu metabolisma? Boleh tak kita ubah metabolisma kita?


Metabolisma ialah semua proses kimia yang berlaku dalam tubuh kita untuk memastikan tubuh kita berfungsi seperti bernafas, mengepam darah ke seluruh badan, memastikan otak bekerja dan memproses makanan di perut. Kadar metabolik seseorang pula sebenarnya merujuk pada nilai metabolisma asas (atau berehat) yang merujuk kepada jumlah kalori yang digunakan tubuh pada keadaan rehat untuk memastikan organ-organ penting badan kita kekal berfungsi. Kita membakar kalori ekstra bergantung pada tahap aktiviti kita dan jika kita bersenam, tapi majoriti tahap pembakaran kalori badan kita ialah mengikut nilai kadar metabolik asas.

Jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh akan bergantung pada komposisi badan kita. Bayangkan badan kita ni terdiri daripada dua bahagian utama. Di satu bahagian ialah kesemua lemak-lemak badan; di bahagian satu lagi ialah organ bukan lemak (seperti tulang, air, tisu, otot). Bahagian bukan lemak akan menentukan kadar metabolic, setiap kilogram bahagian bukan lemak akan membakar lebih kurang 28 kalori per hari.

Jika berat anda 75kg, 25kg ialah bahagian lemak dan 50kg ialah bahagian bukan lemak, kadar metabolic anda ialah 1,400 kalori sehari pada keadaan rehat. Jika anda kurang aktiviti, kalori yang tubuh anda bakar akan tidak melebihi nilai tersebut. Tapi jika anda juga mempunyai berat yang sama tetapi berat bahagian lemak anda 12.5kg dan berat bahagian bukan lemak ialah 62.5kg, anda akan membakar 1750 kalori per hari pada keadaan rehat. Dan jika anda jadi lebih aktif dengan banyakkan berdiri, berjalan dan juga bersenam, jumlah kalori yg dibakar boleh mencecah 2000 kalori!

Memandangkan bahagian bukan lemak mengandungi otot, salah satu cara untuk meningkatkan kadar metabolic anda ialah membuat senaman ‘strength-training’ supaya badan dapat membina lebih banyak otot. Jika anda menambah 5kg berat bahagian bukan lemak, badan anda akan membakar 140 kalori ekstra setiap hari – ini tak termasuk kalori yg dibakar melalui senaman. Inilah rahsia kenapa mereka yang aktif dan fit susah nak kembali gemuk kerana otot-otot ekstra pada tubuh mereka akan membakar kalori-kalori berlebihan.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Rasa Jatuh Semangat?

 
Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah. Kita kena berkorban dari mengambil makanan yang biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. Juga kita kena amal rutin sihat yang baru seperti minum air masak yang cukup, rajin bersenam dan lain-lain. Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yang akan membuatkan kita jatuh semangat. Contohnya seperti halangan keluarga, sindiran rakan, dateline kerja etc. Jom naikkan kembali semangat kita dengan tips-tips berikut:

Berkawanlah dengan orang yg positif.
Jika anda tiada kawan atau kawan yang ada asyik negatif saja, jangan risau. Anda boleh jumpa kawan-kawan baru di luar sana. Pergilah ke gym dan tegurlah mereka yang selalu bersenam di sana. Di taman rekreasi ada kumpulan yang selalu membuat senaman tai chi atau buat senamrobik, boleh sertai mereka. Juga kenalpasti mereka yang selalu berjogging atau bersenam, boleh juga tegur dan meminta tips atau nasihat dari mereka. Di Youtube pun banyak video motivasi, boleh download dan simpan di telefon, boleh dengar semasa ke kerja atau di masa lapang.

Buat baik kepada orang lain
Bukan bermaksud selama ni anda tak baik, namun jika kita lebih positif, orang di sekeliling kita juga akan jadi positif. Contohnya ibu yang positif akan maafkan anaknya yang tumpahkan air. Tapi ibu yang negatif akan marah-marah dan mungkin akan bad mood hingga ke pejabat. Mulakan hari kita dengan senyuman, tegur orang lain dan beri salam dengan ikhlas. Jika kita memberi salam dan jika ada orang lain tak jawab dan muncung sedepa, jangan kecil hati kerana ia bukan berpunca dari anda. Semua orang ada masalah peribadi masing-masing, apa yang ada dalam hati mereka Tuhan saja yang tau.

Pastikan sekeliling kita bersih
Hati yang gembira juga dipengaruhi oleh persekitaran kita. Bersihkan rumah/pejabat/bilik kita supaya kita jadi lebih tenang. Mata yang serabut, otak pun akan serabut. Rasa baru jatuh semangat? Mulakan dengan bersihkan persekitaran kita. Jika satu rumah berterabur, mulakan dengan bilik yang anda selalu gunakan.

Hargai kehidupan
Dengar lagu yang anda suka. Baca buku yang boleh meningkatkan inspirasi kita. Jalan di taman dan tengok pokok menghijau dan burung yang berkicauan. Haiwan perliharaan pun boleh menenangkan jiwa, kucing, anjing (non muslim), arnab, ikan etc. Melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kurang upaya pun boleh meningkatkan semangat kita disamping boleh membuat amal.

Senyumlah selalu
Ini mungkin nampak kecil, tapi jika kita banyak senyum walaupun berseorangan, kita akan jadi lebih positif. Bila masak, kita senyum. Bila memandu, kita senyum. Bila di bilik air, senyum juga. Bila kita berfikir untuk membuat sesuatu, badan kita akan bergerak. Fikiran dan perbuatan ni perkara yang seiring. Jadi bila kita senyum, walaupun dibuat-buat, lama kelamaan otak kita pun akan fikir positif.

Selalu bila rasa sedih dan jatuh semangat, ingatlah bahawa anda tak bersendirian. Situasi kita boleh berubah, kita cuma perlu harungi waktu dan saat itu. Buatlah satu langkah demi satu langkah, lama kelamaan keadaan akan berubah dan kita akan capai matlamat yg kita impikan.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Plateau Berat : Tips Utk Mengatasinya.

Berat anda turun laju, anda sangat bersemangat untuk mengejar berat ideal anda. Tiba-tiba suatu hari berat tu dah tak mau turun dah, walaupun anda disiplin makan, bersenam tiap-tiap hari, minum air banyak etc.. Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, berat tak berubah-ubah. Last sekali anda terus putus asa dan terus kibar bendera putih, "Aku give up!" Tahukah anda yang badan anda sendiri menghalang berat anda dari turun?


Plateau Berat VS Plateau Lemak 

Plateau berat ialah keadaan di mana penurunan berat badan jadi sikit atau tiada langsung. Jika berat anda tak berubah dalam masa 2 minggu, maksudnya penurunan berat gagal? TAK! Berat badan adalah terdiri daripada lemak, otot dan kandungan air badan. Bila kita rekod penurunan berat, ianya untuk (1) akauntibiliti (2) mengesan penurunan lemak. Bila kita naik penimbang dan tengok penurunan sekilo, kita beranggapan yang turun itu sekilo lemak, bukan otot dan air.

Jika anda timbang diri anda tiap-tiap hari, anda akan perasan yang berat anda naik dan turun, dalam 1-2kg. Perubahan berat tersebut adalah disebabkan perubahan peratus air dalam badan. Contohnya jika anda makan terlalu banyak garam, karbohidrat dan kurang minum air, badan anda akan MEMEGANG banyak air, dan ini akan meningkatkan berat. Jika anda minum banyak air dan berpeluh banyak sebab bersenam, berat anda akan turun kerana badan anda MELEPASKAN air. Nampak pelik, tapi ianya benar, lagi banyak anda minum air, lagi banyak berat anda turun. Disebabkan perubahan air dalam badan inilah anda dinasihatkan untuk timbang berat hanya sekali dalam seminggu. Tiada gunanya timbang berat hari-hari, atau 2-3 kali sehari, kerana ini akan "memainkan" fikiran anda dan seterusnya membuatkan anda putus asa kerana berat naik turun. Jadi jika berat tak berubah selama seminggu dua, ini mungkin berlaku disebabkan perubahan air dalam badan dan itu hanyalah plateau berat. Jika berat kekal tidak turun untuk 3 minggu, barulah jelas anda dalam proses plateau lemak.

Fakta Tentang Plateau Berat

1) Plateau adalah NORMAL
Bila anda nak turun ke berat ideal, anda akan tempuh 3-4 kali plateau. Jika anda masuk sekolah rendah, anda akan melalui Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 hingga ke Darjah 6. Bukannya anda masuk Darjah 1, tahun depan anda terus ke Darjah 6. Badan kita memang fitrahnya susah nak berubah dengan mendadak, ia akan berlaku dalam peringkat ke peringkat. Kalau penurunan berat tu senang, keliling kita akan penuh perempuan berbadan slim dan lelaki perut 'six-packs' je. 

2) Lebih banyak berat anda turun, semakin kurang penurunan berat
Ini adalah asas matematik. Katakan penurunan berat ialah 1% dari berat badan per minggu. Jika berat badan individu A ialah 100kg, seminggu dia akan turun 1kg. Dalam sebulan penurunan berat A ialah -4kg, berat dia dah jadi 96kg. Bulan kedua, jika penurunan 1% ni kekal, seminggu A akan turun 0.96kg pulak. Bulan kedua penurunan beratnya jadi -3.8kg sahaja. Makin lama jumlah penurunan itu akan makin berkurang, itupun jika kekal konsisten 1%.

3) Semakin menghampiri berat ideal, cabaran jadi makin besar
Bukan saja penurunan berat jadi sikit, tapi tubuh kita juga akan bekerja lebih keras untuk memegang lemak sedia ada. Konsistensi kita juga mungkin semakin berkurang kerana semangat jadi kurang dan jadi bosan. Tabiat lama juga kembali datang seperti kembali minum air manis, kurang minum air, makan snek dan fast food, dll. Ditambah lagi dengan cabaran gaya hidup dengan masalah kerja, balik kampung, ahli keluarga sakit dll. Program penurunan berat badan yang diamalkan jadi terganggu dan terjejas.

3 Kaedah Untuk Melepasi Keadaan Plateau 

1) Semak semula pengambilan kalori
Semakin berat menurun, metabolisma badan juga makin menurun. Ini kerana metabolisma adalah berkadaran dengan saiz badan. Mungkin semasa berat anda 100kg, anda perlu makan 2 pinggan nasi untuk kenyang. Bila berat turun ke 80kg, sudah tentu makan sepinggan nasi sahaja dah mencukupi. Kurangkan sumber makanan karbohidrat ringkas seperti nasi, roti putih, mee, mihun, tepung dan gula dan gantikan dengan karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Namun jangan terlalu banyak potong kalori, dikhuatiri kalori anda terlalu kurang dari kalori sepatutnya, ini akan menyebabkan 'crash diet'. Dapatkan nasihat coach anda untuk pengurangan kalori yang sesuai.

2) Kawal kalori 'tersembunyi'
Kebanyakan plateau mungkin berpunca dari kalori tersembunyi. Contohnya dari pemakanan snek yang tidak terkawal, gula dari makanan dan minuman, dan juga sos, mayo dan 'dressing' makanan. Untuk mengelakkan rasa terlalu lapar, boleh ambil snek di antara waktu makan seperti biskut dan buahan. Namun jika tidak dikawal, kadang kala termakan biskut dan buahan lebih dari kuantiti sepatutnya. Kadangkala makanan yang dipakej 'Less Sugar' mempunyai kalori lebih tinggi dari pakej biasa, jadi rajin-rajinlah baca label makanan. Jus buah dan susu berperisa selalu disangka minuman sihat, tapi kadang-kadang kandungan gulanya tinggi. Sos, mayo dan 'dressing' juga menambah gula ekstra dalam makanan. 

3) Tingkatkan disiplin dan intensiti senaman
Jika anda bersenam untuk bantu penurunan berat badan, pada tahap tertentu badan anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan senaman sedia ada. Jika anda berjogging 2 pusingan, mungkin anda boleh naikkan ke 4 pusingan atau lajukan larian supaya catat masa lebih baik. Jika anda buat senaman beban, sebelum ni buat 8 ulangan, mungkin anda tingkatkan ke 12 ulangan. Badan kita perlukan cabaran baru untuk ia atasi, jadi rekodkan senaman anda dan buat perubahan yang sesuai. Juga tingkatkan disiplin diet pemakanan kita, kadangkala kita jadi leka dan tabiat buruk kita yang dulu mula kembali semula. Untuk mengawalnya, amalkan 'treat day'; satu hari dimana diet kita lebih rileks dan makan makanan yang kita ingini dalam kuantiti yang sederhana.

Dalam perjalanan anda untuk mencapai berat ideal, akan ada masa di mana anda rasa anda 'gagal' untuk mencapai tahap yang anda ingini seperti berat tidak turun dan diet tak menentu. Daripada anda terus putus asa, baik anda belajar dari pengalaman tersbut dan kenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan anda. Itu adalah proses pembelajaran diri sendiri. Fahamilah bahawa untuk merubah diri dan tabiat bukan kerja mudah namun ia boleh dilakukan. Penurunan berat badan ialah maraton, bukannya lumba pecut. Bila anda faham moto ini, anda akan lebih berjaya dalam tempoh jangka panjang.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes