Apa Itu Nutrisi Selular?

Nak tahu kenapa mereka yang mengambil Herbalife bukan sahaja dapat turun/naikkan berat badan, tapi kesihatan bertambah baik, kulit menjadi lebih cantik, nampak awet muda, tambah cergas dan sebagainya?


Kalau kita mula-mula dapat beg IBP dan baca katalog Herbalife, ada diterangkan yang Herbalife ini dapat membekalkan nutrisi selular, tapi tahu tak apakah itu sebenarnya nutrisi selular? Nutrisi selular ialah pembekalan tubuh kita dengan keperluan nutrisi yang tubuh perlukan supaya tubuh dapat menjaga tubuh, memperbaiki tubuh dan juga melindungi kesihatan. Semua sel dalam tubuh kita bekerja dalam kaedah yang sama iaitu mengambil zat nutrisi yang mereka perlukan, memproses & membuang bakinya.

Kenapa nutrisi selular itu penting? Persekitaran kita sekarang ini banyak pencemaran dan gaya hidup kita lebih tertekan. Udara tercemar, asap rokok, tekanan kerja dan sosial, bahan kimia dalam makanan & minuman serta banyak lagi. Kita mungkin boleh berhenti merokok, bersenam, makan secara sihat namun keperluan badan kita masih kurang. Kita perlu memberi tubuh kita khasiat yang lengkap untuk melindungi diri kita melawan pencemaran di sekeliling kita.

Kebanyakan penyakit sekarang berpunca dari satu perkara iaitu TEKANAN OKSIDATIF. Tekanan oksidatif adalah punca utama bagi lebih 70 penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser, diabetes, atritis, Alzheimer dan lain-lain. Apa itu tekanan oksidatif? Contoh biasa bagi proses pengoksidaan ialah karat, besi yang terdedah pada udara lama-lama akan menjadi karat. Dalam badan kita pun ada proses 'karat' ini, cuma badan kita boleh membina dan menjana sel-sel baru untuk menggantikan semula sel yang mati. Namun akibat pertambahan usia dan terdedah kepada pencemaran disekeliling kita, lebih banyak sel yang mati dari sel baru dan inilah yang dinamakan tekanan oksidatif. Sel yang tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi akan tidak dapat bekerja dengan sempurna atau juga boleh menjadi mati.

Nutrisi selular ialah membekalkan SEMUA zat nutrisi secara optimal kepada sel-sel kita. Sel sendiri yang akan menentukan nutrisi apa yang ia perlu dan apa yang ia tak perlu. Kesemua sel akan mendapat keperluan zat nutrisi yang mencukupi dan semua akan dapat bekerja secara optimum dan sebarang lebihan nutrisi akan disingkirkan dari badan. Kajian mendapati hanya 1% sahaja daripada populasi dunia yang mendapat bekalan nutrisi yang cukup dari makanan semata-mata tanpa memerlukan makanan suplemen. Nutrisi selular akan membekalkan tubuh dengan bahan antioksida untuk melawan proses pengoksidaan dalam badan, disamping membekalkan vitamin dan zat galian lain untuk tubuh berfungsi pada tahap optima. Inilah kaedah pencegahan terbaik kerana kita melawan permulaan penyakit pada tahap sel dengan mengelak proses tekanan oksidatif daripada berlaku.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945
  
Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes