Kalau orang tanya nak mula ambil Herbalife, mulakan dengan Formula 1
dulu sebab ia adalah asas untuk semua program pemakanan sihat Herbalife.
Produk kedua terpenting pula? Tea Mix. Kalau Formula 1 tu striker, Tea
Mix ialah attacking midfielder. Tea Mix ialah minuman herba yang
menyegarkan dan ia menggabungkan khasiat turun temurun teh herba dan
juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden. Ia boleh
dibancuh secara panas atau sejuk dan serbuk mudah larutnya memudahkan
untuk ia dibawa kemana-mana.
Adakah anda gemar minum kopi/minuman 3 dalam 1?
Terlalu
banyak minum kopi/minuman 3 dalam 1 akan menyebabkan badan kurang
mendapat khasiat dan juga mendapat unsur tidak sihat seperti gula dan
susu pekat. Khasiat herba dalam Tea Mix dapat memberikan kesegaran
segera dan ia adalah alternatif sihat untuk kopi/minuman 3 dalam 1.
Adakah anda gemar minum air berperisa/air gas/air tenaga?
Air
berperisa seperti air sirap, teh O, air jagung mempunyai gula yang
badan kita tak perlukan. Air bikarbonat pula tinggi gula, purata satu tin
minuman gas mengandungi 6 sudu gula. Minuman air tenaga pula juga tinggi
kandungan gulanya. Sebenarnya air kosong ialah minuman terbaik untuk
kesihatan, namun ia selalu menjadi pilihan terakhir. Tea Mix memberikan
sedikit perisa kepada air kosong dan hanya 5-6 kalori sahaja per gelas.
Tea Mix juga menambah khasiat dalam minuman yang kita minum. Jadi Tea Mix
bukan sahaja alternatif yang sihat untuk mengganti minuman kurang sihat
yang biasa kita minum, malah ia juga membantu mengawal pengambilan gula.
Tea Mix juga memberikan khasiat tambahan untuk kesihatan tubuh kita
disamping membantu meningkatkan pengambilan air.
Khasiat Tea Mix
Ingat ABCDEF, ingat khasiat Tea Mix :-
A - Antioksida. Bahan Green Tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.
B - Bakar lemak. Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
C - Cuci perut, cuci darah. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dari Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin dari Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO).
D - Detoks, diuretic. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.
E - Energy/Tenaga. Tea Mix mengandungi kafein yg memberikan tenaga, tetapi ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.
F - Feel good. Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerunsingan.
Harga sebotol Tea Mix 100g ialah RM229 dan ia cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga RM3.80, ia sama harga dengan minuman 3 dalam satu & air tenaga dan mahal sedikit dari setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu mana satu yang lebih tinggi khasiatnya.
# Kenyataan tentang Tea Mix tidak dinilai oleh mana-mana Jabatan atau Kementerian Kesihatan. Produk tersebut tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.
Sumber diambil dan diolah daripada Herbalife@Ziedazzle
TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA!
+60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945
Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.
0 comments:
Post a Comment