Plateau Berat : Tips Utk Mengatasinya.

Berat anda turun laju, anda sangat bersemangat untuk mengejar berat ideal anda. Tiba-tiba suatu hari berat tu dah tak mau turun dah, walaupun anda disiplin makan, bersenam tiap-tiap hari, minum air banyak etc.. Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, berat tak berubah-ubah. Last sekali anda terus putus asa dan terus kibar bendera putih, "Aku give up!" Tahukah anda yang badan anda sendiri menghalang berat anda dari turun?


Plateau Berat VS Plateau Lemak 

Plateau berat ialah keadaan di mana penurunan berat badan jadi sikit atau tiada langsung. Jika berat anda tak berubah dalam masa 2 minggu, maksudnya penurunan berat gagal? TAK! Berat badan adalah terdiri daripada lemak, otot dan kandungan air badan. Bila kita rekod penurunan berat, ianya untuk (1) akauntibiliti (2) mengesan penurunan lemak. Bila kita naik penimbang dan tengok penurunan sekilo, kita beranggapan yang turun itu sekilo lemak, bukan otot dan air.

Jika anda timbang diri anda tiap-tiap hari, anda akan perasan yang berat anda naik dan turun, dalam 1-2kg. Perubahan berat tersebut adalah disebabkan perubahan peratus air dalam badan. Contohnya jika anda makan terlalu banyak garam, karbohidrat dan kurang minum air, badan anda akan MEMEGANG banyak air, dan ini akan meningkatkan berat. Jika anda minum banyak air dan berpeluh banyak sebab bersenam, berat anda akan turun kerana badan anda MELEPASKAN air. Nampak pelik, tapi ianya benar, lagi banyak anda minum air, lagi banyak berat anda turun. Disebabkan perubahan air dalam badan inilah anda dinasihatkan untuk timbang berat hanya sekali dalam seminggu. Tiada gunanya timbang berat hari-hari, atau 2-3 kali sehari, kerana ini akan "memainkan" fikiran anda dan seterusnya membuatkan anda putus asa kerana berat naik turun. Jadi jika berat tak berubah selama seminggu dua, ini mungkin berlaku disebabkan perubahan air dalam badan dan itu hanyalah plateau berat. Jika berat kekal tidak turun untuk 3 minggu, barulah jelas anda dalam proses plateau lemak.

Fakta Tentang Plateau Berat

1) Plateau adalah NORMAL
Bila anda nak turun ke berat ideal, anda akan tempuh 3-4 kali plateau. Jika anda masuk sekolah rendah, anda akan melalui Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 hingga ke Darjah 6. Bukannya anda masuk Darjah 1, tahun depan anda terus ke Darjah 6. Badan kita memang fitrahnya susah nak berubah dengan mendadak, ia akan berlaku dalam peringkat ke peringkat. Kalau penurunan berat tu senang, keliling kita akan penuh perempuan berbadan slim dan lelaki perut 'six-packs' je. 

2) Lebih banyak berat anda turun, semakin kurang penurunan berat
Ini adalah asas matematik. Katakan penurunan berat ialah 1% dari berat badan per minggu. Jika berat badan individu A ialah 100kg, seminggu dia akan turun 1kg. Dalam sebulan penurunan berat A ialah -4kg, berat dia dah jadi 96kg. Bulan kedua, jika penurunan 1% ni kekal, seminggu A akan turun 0.96kg pulak. Bulan kedua penurunan beratnya jadi -3.8kg sahaja. Makin lama jumlah penurunan itu akan makin berkurang, itupun jika kekal konsisten 1%.

3) Semakin menghampiri berat ideal, cabaran jadi makin besar
Bukan saja penurunan berat jadi sikit, tapi tubuh kita juga akan bekerja lebih keras untuk memegang lemak sedia ada. Konsistensi kita juga mungkin semakin berkurang kerana semangat jadi kurang dan jadi bosan. Tabiat lama juga kembali datang seperti kembali minum air manis, kurang minum air, makan snek dan fast food, dll. Ditambah lagi dengan cabaran gaya hidup dengan masalah kerja, balik kampung, ahli keluarga sakit dll. Program penurunan berat badan yang diamalkan jadi terganggu dan terjejas.

3 Kaedah Untuk Melepasi Keadaan Plateau 

1) Semak semula pengambilan kalori
Semakin berat menurun, metabolisma badan juga makin menurun. Ini kerana metabolisma adalah berkadaran dengan saiz badan. Mungkin semasa berat anda 100kg, anda perlu makan 2 pinggan nasi untuk kenyang. Bila berat turun ke 80kg, sudah tentu makan sepinggan nasi sahaja dah mencukupi. Kurangkan sumber makanan karbohidrat ringkas seperti nasi, roti putih, mee, mihun, tepung dan gula dan gantikan dengan karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Namun jangan terlalu banyak potong kalori, dikhuatiri kalori anda terlalu kurang dari kalori sepatutnya, ini akan menyebabkan 'crash diet'. Dapatkan nasihat coach anda untuk pengurangan kalori yang sesuai.

2) Kawal kalori 'tersembunyi'
Kebanyakan plateau mungkin berpunca dari kalori tersembunyi. Contohnya dari pemakanan snek yang tidak terkawal, gula dari makanan dan minuman, dan juga sos, mayo dan 'dressing' makanan. Untuk mengelakkan rasa terlalu lapar, boleh ambil snek di antara waktu makan seperti biskut dan buahan. Namun jika tidak dikawal, kadang kala termakan biskut dan buahan lebih dari kuantiti sepatutnya. Kadangkala makanan yang dipakej 'Less Sugar' mempunyai kalori lebih tinggi dari pakej biasa, jadi rajin-rajinlah baca label makanan. Jus buah dan susu berperisa selalu disangka minuman sihat, tapi kadang-kadang kandungan gulanya tinggi. Sos, mayo dan 'dressing' juga menambah gula ekstra dalam makanan. 

3) Tingkatkan disiplin dan intensiti senaman
Jika anda bersenam untuk bantu penurunan berat badan, pada tahap tertentu badan anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan senaman sedia ada. Jika anda berjogging 2 pusingan, mungkin anda boleh naikkan ke 4 pusingan atau lajukan larian supaya catat masa lebih baik. Jika anda buat senaman beban, sebelum ni buat 8 ulangan, mungkin anda tingkatkan ke 12 ulangan. Badan kita perlukan cabaran baru untuk ia atasi, jadi rekodkan senaman anda dan buat perubahan yang sesuai. Juga tingkatkan disiplin diet pemakanan kita, kadangkala kita jadi leka dan tabiat buruk kita yang dulu mula kembali semula. Untuk mengawalnya, amalkan 'treat day'; satu hari dimana diet kita lebih rileks dan makan makanan yang kita ingini dalam kuantiti yang sederhana.

Dalam perjalanan anda untuk mencapai berat ideal, akan ada masa di mana anda rasa anda 'gagal' untuk mencapai tahap yang anda ingini seperti berat tidak turun dan diet tak menentu. Daripada anda terus putus asa, baik anda belajar dari pengalaman tersbut dan kenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan anda. Itu adalah proses pembelajaran diri sendiri. Fahamilah bahawa untuk merubah diri dan tabiat bukan kerja mudah namun ia boleh dilakukan. Penurunan berat badan ialah maraton, bukannya lumba pecut. Bila anda faham moto ini, anda akan lebih berjaya dalam tempoh jangka panjang.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

1 comment:

  1. Ape-ape pun yang penting sebenarnye kalori. Tak kire plateau atau tak, kalau kalori masuk lagi rendah dr kalori keluar, maka masalah plateau ni akan selesai. Cuma tunggu masa je.

    Boleh baca lebih lagi pasal plateau & kalori dekat sini kalau nak http://bit.ly/3sMZ9VQ

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes