Cabaran Menurunkan Berat : Bagaimana Menghadapi Dugaan

Manusia ialah makhluk yang mengejar nikmat seperti nikmat kekayaan, status, pangkat, keselesaan, kegembiraan dan lain-lain. Anthony Robbins pernah berkata, "People seek pleasure and avoid pain to the best of their ability." "Manusia mengejar nikmat dan akan sedaya upaya mengelak daripada kepayahan." Sama juga untuk proses berubah ke gaya hidup sihat, kita akan diduga dengan perkara yang selama ini kita nikmati dan kita suka. Kita semua tau apakah perkara itu, sama ada dalam bentuk makanan, keselesaan, pengaruh sosial dll. Gol kita untuk menjadi lebih sihat terletak jauh sangat di masa hadapan, seperti 5-6 bulan akan datang. Apa yang kita mula hari ini pun kita masih belum nampak hasilnya. Macamana visi diri kita yg lebih sihat...

Tingkatkan Kuasa Enjin Tubuh Anda

Enjin kereta ialah punca kuasa sesebuah kereta. Lagi kuat kuasa enjin, lagi laju kereta boleh pergi. Tubuh kita pun ada enjinnya iaitu metabolisma badan. Salah satu punca utama yang menyebabkan berat susah nak turun ialah metabolisma yang rendah. Tapi tahukah anda apa itu metabolisma? Boleh tak kita ubah metabolisma kita? Metabolisma ialah semua proses kimia yang berlaku dalam tubuh kita untuk memastikan tubuh kita berfungsi seperti bernafas, mengepam darah ke seluruh badan, memastikan otak bekerja dan memproses makanan di perut. Kadar metabolik seseorang pula sebenarnya merujuk pada nilai metabolisma asas (atau berehat) yang merujuk kepada jumlah kalori yang digunakan tubuh pada keadaan rehat untuk memastikan organ-organ...

Rasa Jatuh Semangat?

  Untuk menurunkan berat badan, kita kena berubah. Kita kena berkorban dari mengambil makanan yang biasa kita ambil seperti makanan bergoreng, tinggi gula, fast food dan lain-lain. Juga kita kena amal rutin sihat yang baru seperti minum air masak yang cukup, rajin bersenam dan lain-lain. Ketika mengharungi misi perubahan ini, kita akan tempuhi banyak dugaan yang akan membuatkan kita jatuh semangat. Contohnya seperti halangan keluarga, sindiran rakan, dateline kerja etc. Jom naikkan kembali semangat kita dengan tips-tips berikut: Berkawanlah dengan orang yg positif. Jika anda tiada kawan atau kawan yang ada asyik negatif saja, jangan risau. Anda boleh jumpa kawan-kawan baru di luar sana. Pergilah ke gym dan tegurlah mereka...

Plateau Berat : Tips Utk Mengatasinya.

Berat anda turun laju, anda sangat bersemangat untuk mengejar berat ideal anda. Tiba-tiba suatu hari berat tu dah tak mau turun dah, walaupun anda disiplin makan, bersenam tiap-tiap hari, minum air banyak etc.. Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, berat tak berubah-ubah. Last sekali anda terus putus asa dan terus kibar bendera putih, "Aku give up!" Tahukah anda yang badan anda sendiri menghalang berat anda dari turun? Plateau Berat VS Plateau Lemak  Plateau berat ialah keadaan di mana penurunan berat badan jadi sikit atau tiada langsung. Jika berat anda tak berubah dalam masa 2 minggu, maksudnya penurunan berat gagal? TAK! Berat badan adalah terdiri daripada lemak, otot dan kandungan air badan. Bila kita rekod penurunan...

Wordless Wednesday : Selamat pulang ke kampung halaman.

...

Apa Itu Nutrisi Selular?

Nak tahu kenapa mereka yang mengambil Herbalife bukan sahaja dapat turun/naikkan berat badan, tapi kesihatan bertambah baik, kulit menjadi lebih cantik, nampak awet muda, tambah cergas dan sebagainya? Kalau kita mula-mula dapat beg IBP dan baca katalog Herbalife, ada diterangkan yang Herbalife ini dapat membekalkan nutrisi selular, tapi tahu tak apakah itu sebenarnya nutrisi selular? Nutrisi selular ialah pembekalan tubuh kita dengan keperluan nutrisi yang tubuh perlukan supaya tubuh dapat menjaga tubuh, memperbaiki tubuh dan juga melindungi kesihatan. Semua sel dalam tubuh kita bekerja dalam kaedah yang sama iaitu mengambil zat nutrisi yang mereka perlukan, memproses & membuang bakinya. Kenapa nutrisi selular itu penting?...

Wordless Wednesday : 10 hari terakhir Ramadhan

...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes