Wordless Wednesday : Selamat pulang ke kampung halaman.


Apa Itu Nutrisi Selular?

Nak tahu kenapa mereka yang mengambil Herbalife bukan sahaja dapat turun/naikkan berat badan, tapi kesihatan bertambah baik, kulit menjadi lebih cantik, nampak awet muda, tambah cergas dan sebagainya?


Kalau kita mula-mula dapat beg IBP dan baca katalog Herbalife, ada diterangkan yang Herbalife ini dapat membekalkan nutrisi selular, tapi tahu tak apakah itu sebenarnya nutrisi selular? Nutrisi selular ialah pembekalan tubuh kita dengan keperluan nutrisi yang tubuh perlukan supaya tubuh dapat menjaga tubuh, memperbaiki tubuh dan juga melindungi kesihatan. Semua sel dalam tubuh kita bekerja dalam kaedah yang sama iaitu mengambil zat nutrisi yang mereka perlukan, memproses & membuang bakinya.

Kenapa nutrisi selular itu penting? Persekitaran kita sekarang ini banyak pencemaran dan gaya hidup kita lebih tertekan. Udara tercemar, asap rokok, tekanan kerja dan sosial, bahan kimia dalam makanan & minuman serta banyak lagi. Kita mungkin boleh berhenti merokok, bersenam, makan secara sihat namun keperluan badan kita masih kurang. Kita perlu memberi tubuh kita khasiat yang lengkap untuk melindungi diri kita melawan pencemaran di sekeliling kita.

Kebanyakan penyakit sekarang berpunca dari satu perkara iaitu TEKANAN OKSIDATIF. Tekanan oksidatif adalah punca utama bagi lebih 70 penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kanser, diabetes, atritis, Alzheimer dan lain-lain. Apa itu tekanan oksidatif? Contoh biasa bagi proses pengoksidaan ialah karat, besi yang terdedah pada udara lama-lama akan menjadi karat. Dalam badan kita pun ada proses 'karat' ini, cuma badan kita boleh membina dan menjana sel-sel baru untuk menggantikan semula sel yang mati. Namun akibat pertambahan usia dan terdedah kepada pencemaran disekeliling kita, lebih banyak sel yang mati dari sel baru dan inilah yang dinamakan tekanan oksidatif. Sel yang tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi akan tidak dapat bekerja dengan sempurna atau juga boleh menjadi mati.

Nutrisi selular ialah membekalkan SEMUA zat nutrisi secara optimal kepada sel-sel kita. Sel sendiri yang akan menentukan nutrisi apa yang ia perlu dan apa yang ia tak perlu. Kesemua sel akan mendapat keperluan zat nutrisi yang mencukupi dan semua akan dapat bekerja secara optimum dan sebarang lebihan nutrisi akan disingkirkan dari badan. Kajian mendapati hanya 1% sahaja daripada populasi dunia yang mendapat bekalan nutrisi yang cukup dari makanan semata-mata tanpa memerlukan makanan suplemen. Nutrisi selular akan membekalkan tubuh dengan bahan antioksida untuk melawan proses pengoksidaan dalam badan, disamping membekalkan vitamin dan zat galian lain untuk tubuh berfungsi pada tahap optima. Inilah kaedah pencegahan terbaik kerana kita melawan permulaan penyakit pada tahap sel dengan mengelak proses tekanan oksidatif daripada berlaku.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945
  
Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Wordless Wednesday : 10 hari terakhir Ramadhan


Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 3 : Ubah Tabiat

Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni dah hujung bulan Ogos. Dah dekat nak raya dah. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation. Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan [kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.


Tapi ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong, badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak?  Aku buat salah ke? Aku tak bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang, sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk. Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang hangat - hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.

Kenapa Anda Gagal?

1) Target terlalu tinggi
Nak turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.

2) Tak tahan dugaan
Dugaan memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran, makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.

3) Tak sabar
Dunia moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan dah mula nampak sedikit.

4) Tiada sokongan
Selalunya mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.

Bagaimana ingin membina tabiat sihat

Momentum akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih lama. 

1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong? Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru ni selama 1-2 minggu.

2) Tingkatkan sikit demi sikit
Bila dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit. Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.

3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat. Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda segera melaksanakannya.

4) Akauntibiliti
JANGAN BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.

Mulakan perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling, dll.

Jika anda mahukan penurunan lebih cepat, boleh cuba program pemakanan sihat Herbalife. Di samping menerapkan tabiat/rutin sihat seperti mengambil sarapan sihat, minum air secukupnya, makan ikut waktu, dll; Herbalife juga membekalkan tubuh dengan nutrisi lengkap yg dapat membantu tubuh bekerja dgn lebih optimum dan jadi lebih sihat. 

 Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle


NAIK BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Berhenti Makan Nasi, Diet Yg Betul?

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?


Pertama sekali yang perlu kita ketahui ialah nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah. Juga selalunya mereka yang berhenti mengambil nasi menggantikannya dengan sumber karbohidrat yg lain seperti mee, mihun, roti dan sebagainya. Jadi sebenarnya diet tak makan nasi ni hanya di minda mereka sahaja, walhal mereka masih tetap mengambil karbohidrat.

Kurangkan sukatan nasi lebih sihat. Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang.

Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.

Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle.

TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Rahsia Penurunan Berat Berkesan Part 2 : Tea Mix

Kalau orang tanya nak mula ambil Herbalife, mulakan dengan Formula 1 dulu sebab ia adalah asas untuk semua program pemakanan sihat Herbalife. Produk kedua terpenting pula? Tea Mix. Kalau Formula 1 tu striker, Tea Mix ialah attacking midfielder. Tea Mix ialah minuman herba yang menyegarkan dan ia menggabungkan khasiat turun temurun teh herba dan juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden. Ia boleh dibancuh secara panas atau sejuk dan serbuk mudah larutnya memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana.


Adakah anda gemar minum kopi/minuman 3 dalam 1? 
Terlalu banyak minum kopi/minuman 3 dalam 1 akan menyebabkan badan kurang mendapat khasiat dan juga mendapat unsur tidak sihat seperti gula dan susu pekat. Khasiat herba dalam Tea Mix dapat memberikan kesegaran segera dan ia adalah alternatif sihat untuk kopi/minuman 3 dalam 1.

Adakah anda gemar minum air berperisa/air gas/air tenaga?
Air berperisa seperti air sirap, teh O, air jagung mempunyai gula yang badan kita tak perlukan. Air bikarbonat pula tinggi gula, purata satu tin minuman gas mengandungi 6 sudu gula. Minuman air tenaga pula juga tinggi kandungan gulanya. Sebenarnya air kosong ialah minuman terbaik untuk kesihatan, namun ia selalu menjadi pilihan terakhir. Tea Mix memberikan sedikit perisa kepada air kosong dan hanya 5-6 kalori sahaja per gelas. Tea Mix juga menambah khasiat dalam minuman yang kita minum. Jadi Tea Mix bukan sahaja alternatif yang sihat untuk mengganti minuman kurang sihat yang biasa kita minum, malah ia juga membantu mengawal pengambilan gula. Tea Mix juga memberikan khasiat tambahan untuk kesihatan tubuh kita disamping membantu meningkatkan pengambilan air.

Khasiat Tea Mix

Ingat ABCDEF, ingat khasiat Tea Mix :-

A - Antioksida. Bahan Green Tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.
B - Bakar lemak. Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
C - Cuci perut, cuci darah. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dari Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin dari Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO). 
D - Detoks, diuretic. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.
E - Energy/Tenaga. Tea Mix mengandungi kafein yg memberikan tenaga, tetapi ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.
F - Feel good. Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerunsingan.

Harga sebotol Tea Mix 100g ialah RM229 dan ia cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga RM3.80, ia sama harga dengan minuman 3 dalam satu & air tenaga dan mahal sedikit dari setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu mana satu yang lebih tinggi khasiatnya.

# Kenyataan tentang Tea Mix tidak dinilai oleh mana-mana Jabatan atau Kementerian Kesihatan. Produk tersebut tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.



Sumber diambil dan diolah daripada Herbalife@Ziedazzle


TURUN BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA! 
 +60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945

Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes