Azam tahun baru; "Aku nak turunkan berat badan kali ni!" Sekarang ni
dah hujung bulan Ogos. Dah dekat nak raya dah. Macamana dengan azam anda? Ramai orang sangat
bersemangat semasa awal tahun, 2-3 minggu awal tu memang ada
perkembangan positif. Tiba-tiba anak anda demam. Anda kena outstation.
Ada dateline baru nak kena kejar. Petang je asyik hujan. Terlalu banyak
jemputan kenduri. Kucing beranak. Program diet anda terganggu disebabkan
[kejadian] menyebabkan anda [alasan] jadi berat tak turun/naik.
Tapi
ada seorang yang anda kenal dalam tempoh 6 bulan ni dia berjaya
turunkan berat badan! Perubahan dia sangat ketara! Muka dah lonjong,
badan dah slim/berotot, nampak kecik, dan banyak lagi. Anda pun
terpikir, kenapa dia menjadi tapi aku tak? Aku buat salah ke? Aku tak
bagus ke? Atau mula perkecilkan keputusan orang tu. Ala dia bujang,
sempat la pegi senam. Ala dia tak keje, aku ni keje banyak dan sibuk.
Ala dia ada duit, boleh la beli produk/pegi gym mahal/ambil
trainer. Jawapan untuk soalan di atas ialah BUKAN disebabkan anda tak
bagus. Perkecilkan kejayaan orang lain pun tak membantu. Pengalaman saya
buat WELCO, saya dapat tengok mereka yg bagus sikapnya dan mereka yang
hangat - hangat tahi ayam je. Kali ni saya nak kongsikan apa rahsia orang yg
berjaya, iaitu mereka ubah tabiat lama ke tabiat sihat.
Kenapa Anda Gagal?
1) Target terlalu tinggi
Nak
turun 10kg dalam sebulan, bila cuma turun 1-2kg je terus rasa
teruk/fail/hilang mood. Nak senam hari-hari, tapi hari ni tak sempat
senam, terus esok, lusa pun tak senam. Nak jaga makan, tapi ada jamuan
makan kat pejabat, terus dah tak mau diet. Ada tak persamaan dengan diri
anda? Target yg terlalu besar adalah resepi utama untuk gagal.
Dugaan
memang banyak di sekeliling kita. Jika di supermarket, di kaunter
bayaran tu penuh snek, coklat, aiskrim. Di pasar malam, lebih banyak
makanan bergoreng dari makanan sihat. Restoran makanan segera dan kedai
mamak berlambak sana sini, sedia dibuka 24 jam. Kalau makan di restoran,
makanannya mesti tinggi MSG untuk lebih sedap. Jika kalah dengan
dugaan, kita akan kembali ke tabiat lama.
3) Tak sabar
Dunia
moden sekarang ni semua nak cepat, jadi orang anggap weight loss pun
sepatutnya cepat. Dalam sebulan tu terus nak nampak result, walhal lemak
tu bertahun-tahun dalam badan. Kombinasi tak sabar + target tinggi akan
menyebabkan rasa kecewa dan terus rasa dah gagal, walaupun keputusan
dah mula nampak sedikit.
4) Tiada sokongan
Selalunya
mereka yg berdiet akan buat seorang/sembunyi/senyap. Ini kerana mereka
berasa malu dan takut jika tidak berjaya. Bila terima dugaan, semangat
akan mudah luntur kerana tiada sokongan atau tempat mengadu.
Bagaimana ingin membina tabiat sihat
Momentum
akan membantu anda mengubah tabiat. Jika kita membuat perubahan
drastik, tubuh kita juga akan melawan perubahan yg kita lakukan, ini
menyebabkan akan mudah kembali ke tabiat lama. Tapi jika perubahan yg
dibuat itu kecil tapi terus menerus dan konsisten, ia akan kekal lebih
lama.
1) Pilih satu tabiat yg mudah dilakukan dan fokus untuk buat hari-hari
Nak
makan secara sihat? Ubah sarapan pagi je dulu. Nak berhenti minum air
manis? Next time cuba order air kosong. Nak banyakkan minum air kosong?
Mula dengan habiskan 1 botol air mineral sehari. Nak senam? Sampai di
rumah, terus buat lompat bintang 50 kali. Fokus untuk buat tabiat baru
ni selama 1-2 minggu.
Bila
dah biasa dengan rutin sihat yang baru, tingkatkan sikit demi sikit.
Bila dah berjaya ubah sarapan, ubah makan malam pula. Bila dah cut air
manis, cuba gantikan snek manis pula seperti kuih, coklat, kek dengan
snek sihat seperti buahan, kurma, prune. Bila dah boleh habiskan 1 botol
air mineral, cuba 2 botol pula. Tingkatkan lompat bintang dari 50 kali
ke 100 kali. Sekali lagi, teruskan fokus untuk 1-2 minggu lagi.
3) Hadapi gangguan/cabaran
Anda
akan hadapi gangguan yg akan mengganggu momentum anda. Selesaikan
secepat mungkin. Sediakan sarapan sihat pada waktu malam. Bawa bekal air
ke mana-mana. Beli buahan dan simpan stok di rumah atau pejabat.
Sediakan baju dan seluar track, bila sampai rumah terus tukar untuk
bersenam. Permudahkan perkara yg melibatkan rutin anda supaya anda
segera melaksanakannya.
4) Akauntibiliti
JANGAN
BUAT ALASAN. Alasan hanya laku untuk anda seorang sahaja. Minta bantuan
suami/isteri/adik/kakak/kawan untuk bagi peringatan pada anda jika
mereka nampak anda tak lakukan. Atau set hukuman jika anda miss. Jika
hari ni tak buat, esoknya anda kena buat 3 kali ganda. Hukuman paling
kuat ialah duit. Jika anda tak buat/miss, anda kena bayar RM10 pada
mereka yg bagi peringatan. Jadi anda tiada alasan lagi untuk
menyelesaikan rutin-rutin sihat mudah tersebut.
Mulakan
perubahan tabiat anda hari ini. Pilih 5 rutin sihat mudah dan fokus
untuk anda lakukan selama seminggu. Jika anda berjaya lakukan untuk
seminggu, jangan lupa untuk raikan 'kemenangan mini' anda dengan orang
yg menyokong anda. Tips ekstra, raikan dengan perkara yg tidak
melibatkan makanan; seperti tengok wayang, hadiah bunga, main bowling,
dll.
Jika anda mahukan penurunan lebih cepat, boleh cuba program pemakanan sihat Herbalife. Di samping menerapkan tabiat/rutin sihat seperti mengambil sarapan sihat, minum air secukupnya, makan ikut waktu, dll; Herbalife juga membekalkan tubuh dengan nutrisi lengkap yg dapat membantu tubuh bekerja dgn lebih optimum dan jadi lebih sihat.
Sumber diambil dan diolah dari Herbalife@Ziedazzle
NAIK BERAT BADAN? TANYA KAMI BAGAIMANA!
+60132119486 @ +60129486470 @ +60134010945
Anda boleh kunjungi page Facebook kami di ShakeHunter. Banyak info berkaitan kesihatan ada di page tersebut.
0 comments:
Post a Comment